Kerjasama Pas, DAP, PKR hanya untungkan DAPIG

BUTTERWORTH 5 Okt. - Kerjasama antara Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya merugikan orang Melayu dan menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.

Sehubungan itu, Pas digesa mengkaji semula hubungan itu yang boleh menyebabkan orang Melayu hilang keyakinan terhadap parti tersebut seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Pas perlu sedar tentang sikap bermuka-muka DAP terhadap orang Melayu serta mengamalkan politik perkauman sempit.

"DAP sebenarnya tidak bersikap jujur terhadap orang Melayu dan Pas sendiri, namun pimpinan Pas Pusat bagaikan tidak sedar perkara ini berlaku.

"Jadi saya mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan DAP agar tidak merugikan masa depan orang Melayu serta boleh menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap parti yang memperjuangkan agama itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Selain itu, ujarnya, sukar disangkal lagi bahawa DAP adalah parti cauvinis yang akan menyekat semua agenda Islam yang ingin dibawa oleh Pas .

Sehubungan itu Mohamed Hafiz menyokong penuh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyarankan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula tahaluf siyasi parti itu dengan PKR dan DAP.

Jelasnya, perwakilan pada Muktamar Pas ke-59 November ini juga diingatkan agar mendokong kepimpinan ulama yang merupakan teras kepimpinan dalam Pas.

"Jawatan Timbalan Presiden Pas harus dikembalikan kepada ulama yang benar-benar memahami Islam dan situasi semasa serta mampu berijtihad dalam keadaan-keadaan tertentu," ujarnya.

"Kami sentiasa bersama Ketua Ulama Pas serta seluruh kepimpinan ulama dalam Pas yang menuntut kepimpinan ulama ditegakkan kembali di dalam Pas," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana