Kerajaan Pertimbang Cadangan Hadkan Pembeli KR1M

SHAH ALAM 6 Okt - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan hanya pemegang Mykad membeli barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) memandangkan ebih ramai warga asing membeli barangan di kedai tersebut berbanding rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, perkara itu ada kewajarannya kerana kerajaan telah mengeluarkan peruntukan bagi mewujudkan KR1M untuk meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini.

"Tapi buat masa ini tiada halangan jika ada warga asing (bukan pemegang Mykad) membeli barangan di KR1M... Terpulang pada budi bicara. Kita rakyat Malaysia ini baik hati.

"Tetapi jika ada suara banyak rakyat (bantahan terhadap warga asing membeli barangan di KR1M), kita akan bawa kepada mesyuarat kabinet kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mendengar suara rakyat, " katanya selepas merasmikan Program Kesedaran Pengguna Bersama Skuad Pengguna dan Ketua Masyarakat Negeri Selangor di Auditorium Sirim

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana