KERAJAAN LAKSANA TIGA LANGKAH PENCEGAHAN PENYELUDUPAN SENJATA API

Bagan Datoh, 12 Okt - Pemeriksaan menyeluruh di semua pintu masuk ke negara ini adalah antara tiga langkah utama yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penyeludupan senjata api, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemeriksaan itu merangkumi laluan darat, laut dan udara.

"Kita akan terus melakukan pemeriksaan 100 peratus di semua pintu masuk ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Aidiladha di sini, hari ini.
Beliau diminta menjelaskan langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penyeludupan dan penggunaan senjata api secara haram di negara ini.

Selain itu, katanya pihak keselamatan akan bertindak berdasarkan laporan perisikan yang mendapati terdapat pemilikan, simpanan serta penyeludupan senjata api secara haram ke negara ini.
"Pemasangan signal untuk memantau kemasukan barangan dari luar negara juga dilakukan dengan kerjasama Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Kastam Diraja Malaysia," katanya.

Ahmad Zahid berkata ketiga-tiga langkah berkenaan akan dilakukan secara berterusan bagi mengelak penggunaan senjata api secara haram.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana