Keputusan mahkamah tidak masuk akal, kata Paderi Paulino..Ini Sudah Kurang Ajar NAmanya

 SHAH ALAM: Paderi gereja Kristian terbesar di Selangor menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan melarang akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah Allah sebagai “bodoh” dan “tidak masuk akal.”

Paderi Paulino Miranda mengarahkan Gereja Katolik Divine Mercy di Shah Alam mengendalikan majlis sembahyang dalam Bahasa Malaysia petang semalam dan sepanjang hujung minggu ini untuk menunjukkan “solidariti” terhadap penganut Kristian di Sabah, Sarawak dan Orang Asli.

Majlis sembahyang di gereja itu semalam, yang kebiasaannya dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, disempurnakan dalam Bahasa Malaysia kali ini, dan sarat dengan penggunaan kalimah Allah dalam nyanyian lagu-lagu suci dan doa.

Dalam khutbahnya semalam, Paulino berkata keputusan Mahkamah Rayuan itu menjadikan Malaysia bahan ketawa di peringkat antarabangsa, malah di Arab Saudi sendiri.

“Keputusan itu paling tidak masuk akal…orang Islam yang berpengetahuan di luar negara seperti di Arab Saudi pun tertawa (mengatakan) hei Malaysia membuat satu keputusan yang bodoh sebab satu dunia boleh pakai (kalimah Allah) sini saja tak boleh pakai,” kata Paulino.
Isnin lalu, Mahkamah Rayuan mendapati penggunaan perkataan Allah bukan aspek teras dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Panel tiga hakim menegaskan tiada alasan mengapa gereja Katolik harus berkeras untuk menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Justeru, menurut Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, kalimah suci itu jika diizinkan penggunaannya dibimbangi akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Paulino menyelar Apandi kerana mendakwa tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan kalimah Allah bukan sebahagian penting dalam ajaran Kristian.

“Hakim Apandi (seolah-olah) menjadi ahli teologi sebab dia kata perkataan Allah itu tidak penting dalam agama Kristian. Macamlah dia tahu, sejak bila dia masuk Kristian (sampai ) dia tahu perkataan Allah tidak penting bagi kita?,” katanya.

Paulino berkata hakim berkenaan gagal memberi penjelasan mengenai keputusannya itu, sehingga menampakkan “macam dia sudah baca keputusan yang ditulis oleh orang lain”. Beliau tidak mengulas lanjut.

Paulino adalah antara paderi Kristian yang paling lantang memperjuangkan isu-isu sejagat dan kebebasan awam.

Beliau pernah ditahan polis kerana dituduh menyertai perhimpunan Bersih pada tahun 2008 namun dibebaskan oleh mahkamah.

Dalam khutbahnya itu, Paulino juga berkata tidak timbul penggunaan kalimah Allah oleh Herald akan menyebabkan kekeliruan di kalangan orang Islam.

Beliau berkata hakikat penganut Kristian telah menggunakan kalimah Allah sebelum kemerdekaan Malaysia lagi menunjukkan keputusan mahkamah amat tidak adil.

“Kita harap orang-orang Islam… yang berpendidikan (dan) memahami bahawa keputusan ini salah.., akan cuba berdialog dengan orang Islam (lain) supaya ramai yang tersesat dalam fikiran mereka akan memahami perkataan Allah itu bukan kepunyaan orang Islam,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana