KENAPA HUSAM MENENTANG KERAJAAN SENDIRI?

PEMBENTANGAN bajet negeri Kelantan bagi tahun 2014 baru-baru ini menarik sekali. Dato Husam Musa, Adun Salor yang sebelum ini adalah Exco Kelantan bangun berucap memohon penjelasan kerajaan negeri mengenai pemberian kawasan balak seluas 3500 ekar di hutan simpan Chabang Tongkat Hulu Sat Machang. Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul. Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu?

Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru? Saya tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini. Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah. Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di Dun. Maka sekarang ini bagi melihat kekuatan hujah masing-masing, saya menunggu jawapan MB dalam penggulungan nanti. Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB. Ini kerana dalam beberapa hal, bajet tadi tidak menjawab banyak persoalan yang dinantikan rakyat tentang peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik -perkara yang sebelum ini juga saya timbulkan.

Satu lagi yang rakyat hendak tahu secara rasmi ialah tentang kenaikan tarif air yang dikatakan naik sehingga 39% mengikut tahap tertentu penggunaan air, tetapi tidak diumumkan. Yang rakyat hendak tahu ialah betulkah tarif air naik? Jika naik, kenapa tidak diumumkan? Dalam hal ini, seorang kawan saya memberitahu saya, sekeras-keras kerajaan BN pun, kenaikan harga minyak dan elektrik diumumkan kepada rakyat. Kembali kepada tindakan Adun Salor tadi, persoalan yang perlu kita jawab bukanlah soal beliau mengkritik kepimpinan partinya, tetapi apakah tindakan beliau itu salah? Saya tidak melihat begitu. Saya tunggu perbahasan seperti ini sekian lama, iaitu ahli dari parti sendiri membahas dasar dan keputusan kerajaan. Pada saya, tindakan Adun Salor adalah baik untuk memperbaki kelemahan parti, lagi pun beliau adalah Adun biasa yang bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan.

Lainlah kalau beliau ahli Exco yang terikat dengan doktrin ‘tanggungjawab bersama’. Di pihak kerajaan negeri pula, terimalah pandangan Adun Salor sebagai politik profesional dan politik matang. Jawablah dengan baik untuk menangkis dakwaan beliau, bukan untuk melihat beliau sebagai musuh parti atau musuh kerajaan negeri. Ingat, dari segi hierarki parti, Adun Salor adalah naib presiden Pas. Maka, sebagai naib presiden, tidak ada tujuan bagi beliau untuk mensabotajkan parti dan kerajaan negeri dokongannya. Melihat lebih jauh, hati saya berkata: Jikalah politik cara ini juga diamalkan di parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita. Semoganya! Di petik daripada laman Facebook Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusof.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana