Keluar BN: Ambiga sepatutnya usul saranan itu kepada Pakatan...BAngangnya AMBIGA Ni

SHAH ALAM: Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dicabar membuat usul yang sama kepada PAS, PKR dan DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata demikian mengulas desakan Ambiga supaya MCA dan MIC keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya masih mempunyai harga diri.

Bagaimanapun, Chua menegaskan pihaknya tidak akan sesekali tunduk terhadap desakan tidak berasas.

"Saya rasa Ambiga keluarkan kenyataan sebegini untuk menunjukkan dia pro-pembangkang. Mengapa dia tak suruh DAP dan PKR keluar dari Pakatan Rakyat bila pemimpin PAS yang merupakan Ahli Parlimen cakap bila pakai terlalu seksi dan tidak menutup aurat akan mudah dirogol, betul tidak?

"Jadi tidak bermakna seorang pemimpin sebut atau cakap sesuatu, kita kena keluar atau turuti kehendak seseorang itu, perkara macam itu tak sepatutnya berlaku, seperti kena dengar apa yang Ambiga cakap, perkara sebegitu tidak berlaku.

"Ada banyak perbezaan antara DAP dan PAS, tetapi mereka masih bekerjasama, kenapa mereka tak keluar (PR)?" katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini hari ini.

Justeru, beliau mahu semua ahli mahupun pemimpin parti kompenan BN tidak menggunakan isu perkauman bagi mencari sokongan rakyat.

Jelasnya, isu tersebut hanya akan membawa kesan buruk untuk jangka masa panjang dan akan merugikan pihak yang terbabit.
"Apa yang penting ialah kita perlu dan kita harap menjelang kepada pemilihan parti ini semua pemimpin termasuk Umno, jangan guna isu bangsa atau kaum untuk mengukukuhkan kedudukan di dalam parti.

"Sebab dalam apa keadaan sekali pun, kita tetap perlu berhadapan dengan pilihan raya umum, dan kalau ada yang berbuat demikian (guna isu kaum), ianya akan membuatkan parti sukar untuk mendapat undi daripada pengundi," katanya lagi.

Portal berita pro-pembangkang Malaysiakini sebelum ini menyiarkan laporan daripada rakaman ucapan Zahid di Melaka pada 4 Oktober lalu yang didakwa merestui amalan menembak penjenayah yang disyaki dan bukan menangkap mereka.

Zahid juga dipetik menyatakan beliau akan menentang sesiapa sahaja yang membela penjenayah.

Laporan itu menyebabkan pengkritiknya mempersoalkan kedudukan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana