KEHADIRAN LIM KIT SIANG BUKTI PAKATAN DITUNGGANGI DINASTI LIM.....



Seorang pembaca yang tidak mahu dikenali membandingkan tiga keping foto berkaitan dengan tiga mesyuarat penting Pakatan Rakyat (PR) yang membuktikan agenda PR ditunggangi oleh Dinasti Lim.

Dinasti Lim merujuk monopoli bapa dan anak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dalam memonopoli DAP.

Mesyuarat PR pada 17 Oktober 2013 berkaitan dengan isu kalimah Allah di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas (mewakili Pas) dan Lim Kit Siang (mewakili DAP).

Keputusannya, PR bersetuju membenarkan kalimah Allah kepada bukan Islam.

“Mesyuarat itu diadakan kerana desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahukan kalimah Allah meskipun mahkamah tidak benarkan.

“Tapi Guan Eng tidak hadir dalam masyuarat itu. Yang hadir, bapanya Lim Kit Siang. Atas kapasiti apa Kit Siang hadir mewakili DAP sedangkan dalam CEC, dia tidak dilantik sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi ataupun Setiausaha Agung parti,”

Mesyuarat PR juga berkaitan isu kalimah Allah pada 8 Januari 2013 ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Anwar itu dihadiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas dan Kit Siang, mewakili DAP.

Keputusannya, Abdul Hadi membacakan kenyataan yang menegaskan PR bersetuju membenarkan kalimah Allah kepada bukan Islam.

“Mesyuarat 8 Januari itu juga didesak oleh Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas 2012 yang mahukan kalimah Allah diberikan kepada bukan Islam.

“Seperti biasa, sebagai dalang, Guan Eng tidak hadir dalam mesyuarat itu tapi diwakilkan kepada bapanya Kit Siang kerana dia sudah tahu Anwar mampu mengawal Abdul Hadi untuk akur dengan kehendaknya,”

Mesyuarat PR pada 18 Disember 2009 dipengerusikan oleh Anwar dengan dihadiri Abdul Hadi (mewakili Pas) dan Kit Siang (mewakili DAP).

Keputusan mesyuarat, Pas bersetuju menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam dalam parti mereka.

“Mesyuarat ini juga diadakan atas desakan Guan Eng yang tidak mahu Pas memperjuangkan hudud dan penubuhan Negara Islam dalam perjuangan parti mereka.

“Kit Siang berjabat tangan dengan Abdul Hadi sambil tersenyum tanda misi mereka telah tercapai.

“Rahsia ini didedahkan oleh ahli pas sendiri, CN Al-Afghani dalam buku Kafirkah aku?,” dedahnya lagi.

AIDC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana