KEBENARAN KEPADA PEGUAM BUKAN ISLAM WAJAR DITOLAK.....APA NIAT SEBENARNYA MEREKA MAHUKAN NI...

Kebenaran kepada peguam bukan Islam untuk beramal sebagai peguam syarie wajar ditolak kerana dikhuatiri niat untuk menegakkan keadilan tidak berlandaskan hukum syarak.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah (gambar) berkata, kebenaran itu bakal membawa pelbagai impak negatif terutama kepada umat Islam di negara ini.

''Seorang peguam syarie beragama Islam mencari keadilan berlandaskan iman dan takwa manakala peguam bukan Islam pula dikhuatiri mencari keadilan melalui kelemahan, fitnah, aib atau takwil.

''Sebagai contoh, seorang peguam bukan Islam mungkin boleh mempersoalkan tentang sembahyang. Ramai orang bersembahyang tetapi tidak faham apa yang dibaca ketika bersolat. Adakah sah solat mereka. Ini antara kemungkinan yang amat berbahaya dan boleh memesongkan akidah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Seminar Amalan Guaman Syarie 2013 di Klana Beach Resort, Port Dickson di sini hari ini.

Katanya, bukan itu sahaja, malah banyak kemungkinan sekiranya seorang peguam bukan Islam dibenarkan untuk mengendalikan kes seperti murtad, hak penjagaan anak-anak kepada pasangan yang meninggalkan Islam, penceraian mahupun pengebumian dalam Mahkamah Syariah.

''Contoh, kes sepasang suami isteri bukan beragama Islam, tetapi suaminya ingin memeluk Islam, namun isteri enggan, tetapi pada yang sama isteri ingin mendapatkan hak penjagaan anak, siapa yang akan menasihatinya.

''Malah, jika ada seseorang itu ingin memeluk agama Islam, siapa yang sanggup mempertikaikan kesahihan proses dan prosedur itu sama ada ia mengikut hukum syarie," katanya.

Sehubungan itu Mohd. Nor menegaskan, perkara itu tidak menjadi masalah sekiranya setiap rakyat di negara ini faham dan berpegang teguh kepada Perlembagaan.

''Setiap rakyat mempunyai hak masing-masing di negara ini, apabila kita persoal hak orang lain secara pasti rakyat akan berlaga, sekali gus menjejaskan keharmonian negara.

''Islam merupakan agama rasmi negara, tetapi bangsa lain bebas mengamalkan agama lain, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi rakyat bebas untuk menggunakan bahasa lain, maka jangan cuba persoal atau kacau hak orang lain," ujarnya.

Sebelum ini, seorang peguam bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin telah memohon untuk bertugas sebagai peguam syarie, namun keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 17 Mac dua tahun lalu menolak permohonannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana