Kebanyakan permintaan Sabah akan ditunaikan dalam Bajet 2014 - PM

KOTA KINABALU 21 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kebanyakan permintaan Sabah akan ditunaikan dalam pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat akan terus memberi pertimbangan dalam menambah peruntukan yang diperlukan oleh Sabah, khususnya dalam pembangunan kemudahan dan infrastruktur.

"Semuanya ada dalam Bajet yang saya akan bentangkan Jumaat ini. Jadi saya tak umumkan apa-apa dahulu," katanya secara berseloroh ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28, di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan juga sentiasa memberi perhatian kepada pemerkasaan ekonomi bumiputera, termasuk golongan minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Katanya, kerajaan juga melihat kepada pembangunan inklusif melibatkan semua masyarakat, termasuk kaum bukan bumiputera, ke arah perkongsian harta secara adil dan saksama.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat akan meneruskan bantuan kewangan bagi kerja menyukat tanah di Sabah untuk pengeluaran geran komunal.

Bantuan kewangan itu, kata beliau, penting bagi membolehkan kerajaan negeri menampung keperluan kewangan tahunan sementara melaksanakan langkah interim untuk memastikan hak tanah adat rakyat di negeri ini dilindungi.

"Saya sedar pentingnya tanah adat di Sabah. Jadi saya luluskan agar peruntukan terus disalurkan untuk tujuan ini," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana