Kalimah Allah: Zaid Ibrahim cari pasal...Lagi

Tak sudah-sudah nak cari pasal, kali ini ahli politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim digesa tampil memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja Roman Katolik dalam penerbitan akhbar mingguan, The Herald.

Gesaan itu disuarakan oleh beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang mahukan beliau tidak berselindung di sebalik laman sosial dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dianggap mengelirukan.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, hal demikian kerana kenyataan Zaid itu boleh diberikan pengertian yang pelbagai dan ini perlu diperjelaskan.

‘‘Sebab itu, kita minta beliau tampil ke depan dan menyatakan maksud sebenarnya. Kalau beliau mempertikaikan keputusan mahkamah, itu tidak wajar,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zaid dalam laman Twitter miliknya iaitu: ‘‘Now we have Muslim judges who are experts in Christian religion and theology. They must have spent sometime in the Vatican".

Kenyataan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam laman sosialnya termasuk ada yang memintanya menjawab soalan sama ada menerima atau tidak keputusan mahkamah berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana