Kalah Saja Politik Wang....Inilah Kerana Tak Boleh Menerima Kekalahannya

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah perlu membuat laporan jika merasakan wujudnya politik wang dalam Pemilihan Agung Umno kali ini.

Beliau juga menegaskan Saifuddin seharusnya menggunakan saluran yang betul dan tidak menggunakan laman sosial untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya.

Terdahulu, Saifuddin dilaporkan tewas kepada Azmi Mat Ludin untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh.

"Siapa saja yang rasa tidak berpuas hati, perlu menggunakan saluran yang betul bagi membuat sebarang aduan.

"Sebagai contoh dengan permasalahan undi, mereka boleh majukan kepada Jawatankuasa Pemilih," kata Tengku Adnan ketika ditemui tadi di PWTC.

Sejurus tewas, Saifuddin melalui laman mikro Twitternya menyatakan kegagalannya mempertahankan jawatan itu disebabkan beliau tidak mengamalkan politik wang.

"Kaedah baru pemilihan ada 2 matlamat: pendemokrasian + basmi politik wang. Pendemokrasian: ya. Politik wang: ?

"@suffikamari saya redha, sebab saya tak main politik wang :).

"@RajaMohdShahrim saya kalah. Tp saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya yang dipetik menerusi akaun Twitternya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata Saifuddin tidak seharusnya menjadikan faktor politik wang sebagai sebab mengapa beliau kalah pada pemilihan kali ini.

"Bagaimana beliau (Datuk Saifuddin Abdullah) tahu beliau sudah kalah? Dari mana beliau dapat keputusan tersebut, pada saya adalah tidak adil untuk beliau berkata sedemikian sebab pertama keputusan tidak keluar lagi.

"Perkara kedua adalah sebab keputusan tidak keluar lagi dan beliau tidak boleh menjadikan itu sebagai alasan oleh kerana beliau tidak membayar untuk (politik wang)," ujar Tengku Adnan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana