Jika penjenayah berparang, Hadi saran bersilat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, boleh menembak penjenayah tetapi "perlu kena pada tempatnya".NONE"Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu.

"Penjenayah ada kecil besar," katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan kontroversi "tembak dulu" oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Diminta menjelaskan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak, Abdul Hadi menjawab:

"Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya," katanya sambil ketawa kecil.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Zahid kerana "tidak membaca dan tidak mengetahui soalan yang dikemukakan" terhadap menteri tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana