ISA AKTA PALING RELEVAN - TUN M

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah undang-undang paling relevan dalam menangani isu jenayah berat di negara ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan ISA harus dikembalikan semula dalam usaha mencegah kegiatan jenayah di negara ini yang semakin berleluasa.

"Kita buang ISA, mereka menggunakan itu untuk melakukan jenayah yang dahsyat.

"Kerana itu, mahu atau tidak, kita perlu kembali kepada cara yang lama," katanya.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibacakan untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu lalu yang dibacakan oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.

PCA adalah bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun. Pindaan berkenaan menyamai ISA yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.

Dalam pada itu, PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.

Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.

PCA bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak kerana ia dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai Malaysia, dan pindaan hari ini akan memasukkan peruntukan melibatkan dua negeri berkenaan.

Sebelum ini, ISA diwujudkan adalah untuk mengelak dari berlaku ancaman keselamatan, ketenteraman awam dan keamanan negara yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu yang bertujuan menganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan ISA sekitar September 2011.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana