Harun Taib sambut baik keputusan larang The Herald guna 'Allah'...Alhamdulilah

SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Gereja Katolik tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar penerbitan mereka, 'The Herald'.

Menurut Harun, keputusan itu adalah tepat sekaligus membendung umat Islam di negara ini daripada terkeliru dengan agenda pihak berkepentingan.

"Saya setuju sebab menepati apa yang saya tegaskan selama ini.

"Saya setuju dengan keputusan mahkamah hari ini sebab saya tidak mahu melihat anak-anak orang Islam terkeliru dengan perkara ini," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan kalimah Allah bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam The Herald hanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat, demikian kata panel hakim.

Dijangka pihak gereja akan mengemukakan rayuan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan.

Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan, namun kerajaan pula disaman oleh pihak gereja berkenaan selepas merasakan hak mereka dicabuli di dalam perlembagaan.

Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh The Herald.

10 September lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan The Herald untuk menghalang kerajaan dan Jabatan Agama Islam enam negeri untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana