Gambar Calon BN Dan PAS Pertaruh Di DUN Sungai Limau

Bekas pensyarah universiti, guru pondok calon BN dan Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sg. Limau.

Nama Dr. Sohaimi, 52, diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengumuman Calon BN yang diadakan di Bilik Gerakan BN PRK Sg. Limau.
Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abdul Samat, dinamakan sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada malam Isnin.

Mohd Azam, 37, dari Taman Markisa di Guar Chempedak di sini, dikatakan merupakan 'pengikut politik' bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam Isnin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana