Budak 12 tahun dakwa dirogol sambil diacu parang

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan mendakwa diacu parang di lehernya ketika dirogol oleh bapa saudaranya di dalam semak di sebuah kampung di Jalan Kuching-Serian kelmarin.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 12 tahun itu dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama beberapa rakan sebayanya sekitar jam 12 tengah hari kelmarin.
Mereka dikatakan telah bertembung dengan suspek yang juga bapa saudara mang­sa yang mana dikatakan terus bertindak agresif terhadap mangsa sambil melibas sebilah parang ke arah rakan-rakan mangsa.Suspek berusia 40-an itu kemudian menarik mangsa masuk ke dalam semak lalu dipercayai dirogol.Manakala rakan-rakan mangsa berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.
Seorang daripada ahli keluarga mangsa sema­sa ditemui memberitahu, mangsa cuba melepaskan diri daripada suspek namun tidak berdaya tambahan ser­ing diacu parang setiap kali cuba melawan.

“Menurutnya, dia (mangsa) beberapa kali cuba menye­lamatkan diri, tapi dia takut sebab Pak Usu (suspek) sentiasa meletakkan parang di lehernya (mangsa) setiap kali dia cuba melawan,” katanya.
Mangsa selepas dirogol, mendakwa diugut oleh sus­pek akan dicederakan selain mengugut akan menjadikan adik perempuan mangsa sebagai sasaran seterusnya jika menceritakan mengenai insiden tersebut kepada sesiapa.

Mangsa yang dilepaskan oleh suspek selepas itu terus pulang ke rumahnya dan cuba merahsiakan perka­ra tersebut kerana risau akan keselamatan diri serta adiknya.
Bagaimanapun, ahli ke­luarga mangsa mula menge­syaki sesuatu selepas melihat mangsa dalam keadaan lemah selain turut mengadu men­galami kesakitan pada alat sulitnya.
Selepas dipujuk, mang­sa terpaksa menceritakan perkara sebenar kepada ahli keluarganya yang kemudian terus membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk melaporkan kejadian tersebut.
Mangsa selepas itu dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.
Difahamkan suspek juga pernah menerima rawatan di Hospital Mental Kuching kerana mangalami masalah mental.

Siasatan polis ber­hubung kejadian masih dijalankan.
Dalam kejadian berasin­gan, seorang gadis dilapor­kan berjaya menyelamatkan diri daripada dirogol ketika penyerangnya berhenti untuk menjawab telefon bimbitnya yang berbunyi.
Insiden itu berlaku sekitar jam lima pagi semalam ke­tika gadis berusia 16 tahun itu berjalan pulang bersama rakannya yang berusia 22 tahun dari tempat kerjanya di sebuah hotel di sini ke tempat mereka menyewa di atas rumah kedai di Jalan Ban Hock.

Menurut rakan mangsa, mereka telah didatangi oleh dua lelaki yang memperkenal­kan diri sebagai anggota polis menggunakan kereta Perodua Myvi berwarna hitam ketika melalui Jalan Bukit Mata Kuching.
Kedua-dua lelaki tersebut kemudian menyuruh mangsa dan rakannya masuk ke dalam kereta kononnya untuk dibawa ke balai polis.Bagaimanapun ,mereka telah dibawa ke tempat letak kereta berhampiran padang ragbi di Padungan di mana rakan mangsa telah dipukul oleh kedua-dua lelaki berkenaan sebelum mengambil barang milikn­ya serta meninggalkannya di situ.

Suspek kemudian mem­bawa mangsa ke lokasi berdekatan di mana mereka mula meraba dan mencium mangsa tetapi terganggu seketika apabila telefon bimbit suspek tiba-tiba berbunyi.
Apabila dia berhenti un­tuk menjawab panggilan, mangsa mengambil kes­empatan untuk menyela­matkan diri.
Mangsa terus lari ke bilik sewanya di mana dia bertemu semula dengan rakannya yang juga sudah pulang dan men­ceritakan apa yang berlaku kepadanya.
Kedua-dua mereka seter­usnya membuat laporan polis mengenai insiden itu pada pagi yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana