Buat Apa Jadi Penasihat Selangor?Kalau Begini Caranya...Patut Pun Khalid Hentam Balik Kat ANWAR Tu

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.

Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.

Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini.

Beliau berkata kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya , Jumaat lalu yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.

"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri," katanya.

Dalam ceramahnya pada forum Laporan Ketua Audit Negara, Anwar secara terbuka mengkritik Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan dana yang diperolehi kerajaan Selangor sedangkan ia gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana