BN Umum Pensyarah UPSI Calon Tanding Di Sungai Limau

PETALING JAYA: Umno dijangka mengumumkan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Sohaimi Lazim sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman mengenainya di Sungai Limau, Kedah pada pukul 5 petang Isnin.
Umno telah memutuskan untuk menurunkan muka baru bagi merampas kerusi itu daripada tangan PAS.

Dr Sohaimi berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau.

Kerusi DUN Sungai Limau diisytiharkan kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak pada bulan lalu.
Azizan dianggap sebagai 'lagenda' Sungai Limau kerana berjaya mempertahankan kerusi itu selama lima penggal berturut-turut sejak 1995.

Azizan mengekalkan kerusi itu pada PRU-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan Mohd Fazillah dengan majoriti 2,774 undi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon parti itu dekat SMK Sik pada malam Isnin.

Abdul Hadi berkata parti itu hanya akan memilih calon muka baharu.

Antara yang disenarai pendek adalah Ketua Pemuda PAS Jerai, Azam Samad, Setiausaha PAS Jerai, Muzaini Azizan dan Ketua Pemuda PAS Sungai Limau, Mohd Muaz Othman.

Mohd Muaz adalah pengasas kepada sekolah agama di Bukit Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana