BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT DUN SG LIMAU SEKALIAN.....

Pada 29 oktober 2013 ini..jam 8.30 malam..bertempat di Mimi RTC Simpang Tiga Sg Limau Luar akan berlangsung Majlis Malam Kesenian Islam yg akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lebih menarik lagi apabila penceramah agama yg terkenal iaitu Ustaz Kazim Elias Al Hafiz dan Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan turut sama berceramah pada malam tersebut.
Majlis Malam Kesenian Islam ini akan turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid tersohor negara iaitu kumpulan Rabbani.

Jadi..kepada rakyat DUN Sg Limau sekalian..jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama meraikan Malam Kesenian Islam bersama tokoh-tokoh yg kita sayangi ini. Sila uar-uarkan kepada seluruh pelusuk kampung anda. Pastikan temujanji kita di Malam Kesenian Islam pada 29 Oktober ini menjadi hari yg bersejarah buat kita.

# Insya Allah..majlis Malam Kesenian Islam ini bebas drp Tin Milo,maki hamun,fitnah tohmahan serta bebas drp aksi2 jelik spt berbaring di atas jalanraya dan pura2 mati..sebelum terlupa..JOM #BERANIHIJRAH dan JOM UNDI CALON BN!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana