Banjir di Manjung makin buruk, hampir 1,000 dipindahkan

IPOH 21 Okt. - Keadaan banjir di daerah Manjung bertambah teruk apabila hampir 1,000 mangsa
dipindahkan ke empat pusat pemindahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohd Asri Mohd Ariff berkata sejumlah 911 mangsa terdiri daripada penduduk Taman Bintang Kampung Ujung Pasir, Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari.

 "Setakat pukul 7 malam ini, jumlah mangsa yang di pindahkan ke Dewan Orang Ramai Tebuk Yan meningkat kepada 75 orang manakala di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu meningkat kepada 590 orang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya keadaan banjir itu juga menyebabkan pemindahan mangsa di Dewan Taman Bintang meningkat kepada 188 orang berbanding 146 pagi tadi dan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai meningkat kepada 58 orang.

Beliau berkata keadaan banjir dijangka tidak mengalami sebarang perubahan memandangkan air masih berada pada paras yang sama.

Selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca berlaku banjir. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana