AYUHLAH PENGUNDI2 SG LIMAU... BERANI BERUBAH...

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Mohd Hafiz Mohd Nordin menjangkakan Pas berdepan dengan kesukaran untuk mempertahankan kemenangan mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau nanti.

Menurut beliau pelbagai faktor semasa dan sampingan lain seperti krisis kepimpinan yang berlaku pada satu ketika dahulu khususunya era negeri tersebut ditadbir oleh Pas Kedah di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan.

“Tidak mustahil dan kita tidak boleh nafikan mungkin akan ada sedikit sebanyak penyokong serta pengundi Allahyarham Tan Sri Azizan yang terguris gara-gara kemelut kepimpinan sebelum ini.

“Mungkin pada PRK nanti sama ada mereka tidak akan mengundi atau pun sekurang-kurangnya mengambil sikap berkecuali iaitu tidak keluar mengundi. Walaupun peratusannya mungkin kecil, namun soal ini saya kira sedikit sebanyak akan berlaku pada pilihan raya kecil itu nanti.

“Dan kita juga tidak boleh nafikan memang ada penyokong serta pengundi yang tegar. Golongan ini tidak akan berubah namun seperti yang saya sebutkan d iatas, kemungkinannya akan berlaku dan inilah yang saya katakan Pas berdepan dengan sedikit kesukaran kelak,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas senario terkini menjelangnya Pilihan raya Kecil DUN Sungai Limau 4 November depan. Hari penamaan calon ditetapkan apda Rabu ini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah jika melihat kepada senario Pilihan raya Umum pula, sebagai contoh, kawasan Pendang yang dikatakan kubu kuat Pas boleh jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) pada waktu itu.

“Malah lebih mengejutkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang bertanding dikawasan itu kalah mengejut dan jika mengambil kira situasi itu, Pas boleh dikatakan sebenarnya tidak selesa bertanding di Sungai Limau nanti,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana