Anwar meluat kerajaan Australia tidak kutuk Malaysia...Padan Mukanya

SYDNEY: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau meluat dengan reaksi kerajaan Australia terhadap amaran oleh Malaysia kepada pelajarnya supaya tidak menghadiri ceramah beliau di Adelaide.

Penuntut Malaysia yang tinggal di Australia digesa melalui emel oleh penasihat pelajar di konsulat Malaysia supaya tidak menghadiri ucapan Anwar mengenai demokrasi, sebahagian daripada acara Festival Idea hujung minggu ini, lapor stesen penyiaran ABC.

Jabatan Hal Ehwal Luar memberi reaksi dengan menyatakan semua pelajar di Australia, termasuk Malaysia, “menikmati semua hak dan kebebasan yang ada di bawah undang-undang Australia, termasuk keupayaan untuk menghadiri acara-acara yang sah… Festival Idea Adelaide adalah satu daripada acara berkenaan.”

Anwar berkata, walaupun beliau menghargai reaksi awal itu, ia tidak memadai.

“Apa yang diperlukan ialah untuk menyata atau menunjukkan bahawa ini salah, di bawah undang-undang Australia atau tradisi demokrasi, anda tidak boleh membiarkan atau mengizinkan tindakan keterlaluan ini,” katanya kepada ABC.

“Jika anda tidak berbuat demikian, jika anda gagal, ia seolah-olah mengizinkan tindakan keterlaluan ini. Ini yang membuat saya terkejut dan meluat terhadap kegagalan pihak berkuasa Australia untuk mengambil tindakan paling minimum iaitu menyatakan “sila jangan beri arahan seperti ini di Australia.”

Kontroversi timbul apabila penasihat pelajar di konsulat Malaysia di Sydney dilaporkan mengirim emel kepada pelajar awal minggu ini memberi amaran “tindakan tegas” akan diambikl jika mereka menghadiri ceramah Anwar.

“Anda lebih bijak untuk berfikir dan memberi fokus kepada perkara-perkara lebih penting daripada mengikuti aktiviti yang boleh menyebabkan kesukaran anda untuk mengekalkan gred yang baik dan biasiswa hanyut begitu sahaja,” kata emel berkenaan.

Anwar berkata, beliau akan membawa isu berkenaan ke Parlimen yang akan bersidang minggu depan, dengan menambah beliau “amat pasti pihak berkuasa Malaysia tidak berani menarik balik biasiswa atau menghantar pelajar pulang.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana