Anwar Ibrahim Tetap Bantah Akta Pencegahan Jenayah (PCA 2013)

Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa bantahan terhadap Akta Pencegahan Jenayah tetap akan dilakukan walaupun ianya telah diluluskan oleh parlimen. Anwar yang juga Ketua Pembangkang di parlimen menyatakan bahawa undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PCA 2013 adalah zalim, melanggar perlembagaan dan tidak berperikemanusiaan.

Aristotle seorang ahli falsafah kuno Greek pernah berkata bahawa “Manusia adalah haiwan politik”. Namun begitu pada hemat penulis orang seperti Anwar Ibrahim adalah haiwan politik paling hina dan sepatutnya di “tamat”kan riwayatnya sebelum negara ini bertambah rosak.

Penulis mengagak bahawa Anwar Ibrahim akan melaksanakan modus operandi beliau seperti biasa. Beliau akan membuat “road tour” menceritakan tentang kekejaman kerajaan Malaysia dan selepas itu beliau akan mengadakan demonstrasi. Inilah sifat seekor haiwan politik yang bernama Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim juga seorang penjenayah yang telahpun dipenjara, mungkin sebab itu juga beliau merasakan perlu baginya untuk membela nasib rakan-rakan seperjuangannya yang merosakkan negara dengan melakukan jenayah di dalam negara ini.

Sebagai haiwan politik yang berjaya, Anwar Ibrahim telah memutarbelitkan isu akta tersebut dengan mengaitkannya dengan politik . Namun, disebabkan kecekapan para pemimpin Barisan Nasional dalam merangka rang undang-undang ini, tiada satu pun percanggahan yang dapat dijulang oleh Pakatan Rakyat dan sekutunya untuk menghasut rakyat.

Selepas Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad, 9, 095 tahanan dari Simpang Renggam telah dilepaskan dan bercampur dengan masyarakat. Pada tahun ini sahaja 109 kes tembakan dan kesemuanya berkaitan dengan kumpulan haram dan kongsi gelap. Jika Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang ingin berbicara tentang hak asasi manusia, bagaimana pula dengan hak asasi mangsa kepada keganasan yang dilakukan oleh para penjenayah?

Apakah pada Anwar Ibrahim, hak asasi manusia hanya tertakluk kepada penjenayah dan bukannya mangsa? Bagaimana agaknya perasaan beliau sekiranya ahli keluarganya yang menjadi mangsa culik, rogol, bunuh, penipuan dan sebagainya? Apakah mangsa-mangsa ini tidak perlu dibela? Bagaimana pula dengan nasib anggota keselamatan yang menyabung nyawa demi mengekalkan keamanan negara?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana