'Anak saya bukan gila kuasa'

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan anaknya, Datuk Mukhriz, bukan ancaman kepada Datuk Seri Najib Razak jika MB Kedah itu, menang Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti pada Oktober ini.

Dr Mahathir berkata, Mukhriz bukan seorang yang gila kuasa dan tidak mengenang jasa, untuk berbuat demikian.
Keadaan di sini berbeza

“The Economist (majalah berpangkalan di London) boleh fikir apa saja mengenai seseorang. Ini kerana itulah yang mereka akan lakukan sekiranya berada di tempat Mukhriz tetapi keadaan di Malaysia berbeza kerana kita tiada niat seburuk itu,” katanya selepas menghadiri Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF), di sini semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas laporan The Economist mendakwa masa depan Najib sebagai Perdana Menteri dijangka malap jika Mukhriz menang dalam pemilihan parti itu.

Turut hadir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, Pengarah Eksekutif merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah PLF, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob dan Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib.

Dampingi Mukhriz
Antara dakwaan majalah itu jika Mukhriz menang, puak anti-Najib akan mula mendampingi beliau yang dilihat sebagai penerus kepada legasi bapanya.

Berikutan itu, Mukhriz juga menafikan dakwaan dan menyifatkan sebagai satu bentuk teori konspirasi untuk mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.

Ditanya mengenai pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu ceramah baru-baru ini bahawa kerajaan perlu menyemak semula perjanjian dengan Sabah dan Sarawak dalam memastikan kepentingan dua negeri itu dilindungi selepas membantu pembentukan Malaysia, beliau berkata: “Kerajaan sudah menguruskan perkara itu.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana