Amerika hargai kepimpinan Malaysia

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Senator John Kerry menyuarakan penghargaan tinggi Washington ke atas kepimpinan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membolehkan hubungan rapat dalam pelbagai bidang serta menyediakan ruang untuk perhubungan yang lebih mendalam pada masa depan.

“Hari ini kedua-dua negara bersama-sama bekerjasama dalam lebih banyak bidang berbanding sebelumnya, dalam bidang ekonomi, iklim, perhubungan, penguatkuasaan undang-undang, menangani keganasan, keselamatan maritim, sains, pendidikan dan banyak lagi, kita melakukannya bersama-sama,” katanya dalam ucapan sebelum taklimat media malam Khamis.

“Saya tahu Presiden (Barack) Obama kecewa kerana terpaksa membatalkan lawatannya, lebih-lebih lagi berdasarkan hubungan dan komitmen beliau di rantau ini. Namun saya juga yakin beliau mengetahui betapa pentingnya hubungan antara Amerika Syarikat dan Malaysia serta potensi hubungan itu pada tahun-tahun akan datang.”

“Kami menghargai kepimpinan Malaysia dalam setiap isu terbabit,” kata Kerry yang berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) keempat.

Kerry berkata berdasarkan hubungan kritikal ini juga menyebabkan US komited dalam meluaskan inisiatif sesama rakyat seperti GES.

Sebagai contoh, katanya bantuan pengajaran Bahasa Inggeris American Fulbright berjaya menghubungkan pelajar Malaysia di seluruh negara, di Kuala Lumpur hingga ke Kuantan.

“Dan saya ketahui mengenai pentingnya program ini memandangkan anak perempuan saya sendiri menyertai Fulbrighter, dan saya ketahui impak program terbabit.

“Malah semua program pertukaran ini membawa perubahan, dan sebab itu kami sangat komited terhadapnya di rantau ini,” katanya.

Kerry yang mewakili Obama pada sidang kemuncak itu berkata dengan penganjuran GES membuktikan peranan penting Malaysia dalam memacu kemakmuran serantau.

“Dan hari ini, saya berpeluang berucap kepada golongan muda dari seluruh dunia yang berhimpun di sini untuk mencari jalan meneruskan impian mereka untuk menjadi komuniti yang lebih baik dan kuat,” katanya.

Bagi pihak Obama, katanya US benar-benar bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif ini.

“Dan kami yakin dapat melakukan yang lebih baik dalam membantu pemimpin muda ini untuk merealisasikan matlamat mereka,” katanya dan menambah beliau akan meneruskan lawatan yang sangat produktif ke rantau yang dinamik ini dengan mengadakan beberapa pertemuan pada pagi Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana