Alahai Mahfuz...carilah modal lain untuk kempen

Mendengar  kata-kata  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam bab ini rasanya Datuk Mahfuz Omar dan calon PAS pilihanraya kecil Sungai Limau,Azam Samat kena cepat-cepat cari tempat sorok muka.

Memang memalukan.Nampak sangat PAS macam sudah tenggelam punca tidak ada modal besar dalam kempennya untuk memancing undi.

Sebagai seorang anak,Jamil berhak cakap begitu.

Ini kerana ia melibatkan bapanya sendiri.

Tak sangat Mahfuz yang juga Persuruhjaya PAS Kedah jadi desperado hingga cuba meraih publisiti murahan membawa Azam melawat Baharom Ramli,77,bapa kepada Jamil.

Bukan setakat itu mereka membawa media untuk membuat liputan lawatan keatas  Baharom di kediamannya  di Kampung Ulu Sedaka,Yan pada hari Khamis lalu.

Sebenarnya tidak salah apa melawat orang sakit.Namun semua orang faham sangat 'udang disebalik batu' lawatan itu menjelang pilihanraya kecil Sungai Limau.

Jamil yang ditemui wartawan selepas satu  majlis di Sungai Limau Ahad kata sebelum ini selama bapanya lumpuh sejak tiga tahun lampau batang hidung para pemimpin PAS tidak pernah melawat pun.

Beliau anggap menganggap perbuatan PAS memanipulasi lawatan ke atas bapanya bagi tujuan bahan kempen pilihanraya kecil itu sebagai politik bertaraf rendah dan murahan.

Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, tidak wajar Mahfuz dan Azam melawat bapanya untuk dimanipulasi sebagai bahan kempen.

Mengenai dakwaan kononnya bapa beliau ahli PAS,Jamil berkata," "Itu Mahfuz yang kata. Tak dak pun Haji Baharom kata begitu."

"Saya nak ucapkan terima kasih kerana melawat bapa saya selepas bapa lumpuh tiga tahun tapi kerana sempena dengan pilihan raya ziarah juga pak saya. Kalau tidak, tiada siapa yang ziarah. Kalau mati lambat, lambatlah ziarah.

"Yang agak tak cantik bila pergi ziarah bawa media pulak sebab keluarga yang diziarahi itu juga terasa kerana bapa yang lumpuh diambil gambar," kata Jamil.

Jamil tidak bimbang dengan lawatan itu.

Katanya tidak memberi kesan kepada BN sebaliknya membuatkan penyokong PAS kecewa.

"Orang PAS dua tiga orang jumpa saya meminta maaf kerana tidak jangka kepimpinan mereka tak cerdik," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana