AERIL ZAFREL DAN WAWA ZAINAL SAH NIKAH?

Pagi ini dunia hiburan di Malaysia dikejutkan dengan berita pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah sah bernikah. Malah pendedahan dalam ruangan akhbar Berita Harian, BiPop itu amat mengejutkan apabila mereka mendedahkan pasangan itu sudah memiliki cahaya mata yang diberi nama sepertimana watak yang pernah dipegang Aeril dalam filem 99 Kali Rindu, Ahmad Fakhruddin Attar.Sedangkan sebelum ini Aeril dan Wawa masing-masing menafikan gosip pernikahan mereka dan mengenai kehamilan Wawa. Beberapa kali mereka sudah diasak dengan soalan yang sama namun penafian juga menjadi pilihan mereka. Malah yang terbaru menerusi portal Gua.com.my, Aeril dan Wawa masih menafikan berita berkenaan. Jelas Aeril, jika peminat mahukan kepastian mereka boleh bertanya kepada penulis (BiPop) itu sendiri. Aeril juga berkata, sampai masa nanti dia akan mendedahkan perkara sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana