40 BARANG KEPERLUAN ASAS BEBAS CUKAI....

Sebanyak 40 barangan keperluan asas rakyat khususnya makanan dan minuman tidak akan dikenakan cukai langsung apabila sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar).

Sebahagian besar barangan keperluan asas itu dikenakan cukai di bawah sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sekarang. Apabila GST dilaksanakan, beberapa barang keperluan asas makan dan minum serta keperluan lain diberikan pengecualian cukai sepenuhnya.

Mengikut perancangan, ada sebanyak 40 produk tidak akan dikenakan GST. Maknanya, sebagai seorang individu tidak akan terjejas kerana barangan seperti tepung, beras, gula dan ikan tidak terlibat langsung apabila GST dilaksanakan. GST juga hanya dikenakan kepada pembekal produk tertentu sahaja dan tidak kepada penjual.

Di samping itu, katanya, pihaknya bercadang mengurangkan cukai korporat bagi menarik pelaburan asing dan tempatan serta menurunkan kadar cukai kepada pembayar cukai peringkat bawah agar mereka tidak terbeban.

"Apabila GST dilaksanakan, tentu pendapatan negara akan meningkat. Sebahagian dana daripada GST itu akan dipindahkan bagi meningkatkan jumlah bantuan kepada penerima BR1M dan mereka yang berada dalam senarai e-Kasih," ujarnya.

Menurut beliau, ramai rakyat salah faham kerana menyangkakan GST sebagai satu sistem cukai baharu yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan sebagai tambahan kepada SST.

Jelasnya, GST sebenarnya satu sistem cukai baharu yang lebih moden akan menggantikan SST dan sistem tersebut yang telah dilaksanakan oleh lebih 170 buah negara terbukti berjaya memberikan faedah kepada ekonomi negara masing-masing.

"GST memerlukan masa selama 18 bulan untuk dilaksanakan selepas dibentangkan di Parlimen. Paling cepat pun, kita perlukan masa selama setahun," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana