23 ahli Parlimen PR gagal hadir bahas PCA akan dikenakan tindakan - Anwar

PETALING JAYA: Sekretariat Pakatan Rakyat akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap 23 ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir pada pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pencegahan Jenayah (PCA) pada 3 Oktober lalu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mengambil berat isu ketidakhadiran wakil rakyat gagasan itu lantaran ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

"Saya tidak akan memberikan alasan, kepada mereka yang gagal menghadirkan diri untuk PCA perlu memberikan penjelasan lanjut kepada sekretariat untuk menjelaskan perkara lanjut," katanya pada sidang medianya di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.

Anwar kemudiannya memberitahu beliau gagal hadirkan diri pada perbahasan akta itu kerana menghadiri dialog peringkat tertinggi antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Sepanyol.

Beliau selain itu memberitahu menerima jemputan khas daripada Pope Francis 1 di Rom.

Selain dirinya, Anwar memberitahu beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut gagal hadirkan diri pada sidang perbahasan itu berikutan ditugaskan menghadiri rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Antaranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

"Beberapa ahli Parlimen telah berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibdah haji, termasuk Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli," kata Anwar.

Sebelum undang-undang ini diluluskan pembangkang dilihat bersungguh-sungguh membantah pindaan akta itu, namun apabila ia dibahas di Parlimen hanya 23 wakil rakyat Pakatan Rakyat hadir pada hari tersebut.

Ketidakhadiran pemimpin pembangkang semasa perbahasan pindaan PCA disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab terhadap rakyat dan pengundi-pengundi mereka.

Menurut Pengarah Hak Asasi Manusia ERA Konsumer Malaysia Sha'ani Abdullah, Pakatan Rakyat perlu memberi keutamaan kepada rakyat berbanding perkara-perkara lain, apatah lagi perkara ini melibatkan hak asasi rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana