Zaidel hero BN lawan Rafizi

KUALA LUMPUR: Maruah Barisan Nasional (BN) ‘diselamatkan’ oleh seorang ahli biasa Pemuda UMNO yang  sanggup menjadi panel bidan terjun dalam debat anjuran pembangkang di Ampang dekat sini malam tadi.

 Zaidel Baharuddin tampil berdepan dengan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan itu dalam Forum 20 Sen Harga Minyak Naik di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya itu.

 Beliau dari UMNO Gombak itu mewakili Exco  Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam yang tidak dapat hadir kerana tidak dimaklumkan awal dan kini berada di Kedah.

 Sebelum itu, wakil penganjur berkata, Lokman dijemput  mewakili Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini menolak debat kerana berpendapat forum di Parlimen lebih sesuai.

 Wakil Pemuda Gerakan, Tang Keng Liang juga tidak dapat hadir kerana berpendapat moderator bukan orang yang berkecuali selain dimaklumkan melalui laman sosial sahaja.

 Semasa berhujah di hadapan sebahagian besar audien penyokong Pakatan Rakyat, Zaidel berpendapat,  selain membebankan, penggantungan kepada subsidi akan membantutkan pengurusan ekonomi  secara jangka panjang.

 “Lagi pun, kita kena fikir harga minyak mentah ini bukan kekal. Mengenai subsidi korporat (yang didakwa tidak dipotong dan diberi kepada syarikat-syarikat kroni), kita jangan ambil kesimpulan mudah.

 “Walaupun peningkatan populasi satu hingga dua peratus tetapi kita kena fikir industri baru yang masuk, kilang dan penambahan pelbagai lagi. Kesemuanya memerlukan subsidi bagi memastikan ekonomi negara baik,” katanya yang akan bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO pada pemilihan parti tidak lama lagi.

 Apa yang lebih membimbangkan, katanya, sekiranya perbezaan harga minyak terlalu besar antara negara jiran, ia menjadi punca ketirisan subsidi dan kegiatan penyeludup termasuk nelayan yang meyalahgunakan fleet card semakin menjadi-jadi.

“Apabila ini berlaku, pembangkang kata kena tingkatkan penguatkuasaan. Tetapi ingat ia memerlukan kos yang besar dan penyeludupan masih sukar dibanteras,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana