Yusry Kesal 'Vikingdom' Disamakan Dengan Karya Hina Nabi

PETALING JAYA: Pengarah filem Vikingdom : The Blood Eclipse iaitu Yusry Abdul Halim kesal apabila karya arahannya itu disamakan dengan video Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad.

Yusry, 39, berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian sangat berbahaya dan boleh menyebabkan ramai pihak salah faham dengan kenyataan itu.

"Jika seseorang yang membaca ulasan tersebut dan tidak memahami situasi sebenar ia boleh mendatangkan masalah lain dan menyebabkan saya dituduh sebagai orang yang menghina agama sendiri dan agama Kristian.

"Tindakan lelaki tersebut menyamakan filem Vikingdom dengan video Innocence of Muslims adalah satu perbuatan yang sangat-sangat melampau ," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Menerusi laporan sebuah portal berita pada Rabu, seorang pakar mitos, Karl EH Seigfried menyifatkan kandungan filem tersebut menghina dan menyongsang cerita asal mitos Scandinavia zaman pra-kristian.Malah individu yang mendakwa dirinya sebagai pengajar Universiti Loyola di Chicago itu turut mempersoalkan niat Yusry membikin filem berkenaan yang didakwa memaparkan dewa Viking sebagai penakluk dan bukannya Thor.

Bagi pengikut kepercayaan lama itu, dewa-dewa Scandinavia dimuliakan dan Thor sebenarnya melindungi dunia dewa dan manusia.

Mempertahankan tindakannya, Yusry berkata, filem berkenaan dibuat berdasarkan fantasi dan dia tidak melihat sebarang kesalahan apabila sebuah kisah mitos diolah untuk menjadi lebih menarik.

Malah kata Yusry, ramai pembikin filem di Barat yang menukar versi asal cerita dongeng dan mitos dan ia tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Ingin saya tegaskan di sini, filem ini hanyalah fantasi dan bukannya diolah daripada sejarah sebenar. Malah mereka (barat) sendiri tidak tahu sama ada mitos tentang Viking dan Thor ini benar-benar wujud atau pun tidak.

"Belum ada pihak yang mengecam mana-mana penerbit atau pengarah yang menukar versi asal sesuatu cerita mitos di barat dan saya tidak faham kenapa saya dihentam. Adakah kerana saya beragama Islam isu itu dibangkitkan?" soalnya.

Antara babak dalam filem berkenaan.
Tambah Yusry, menerusi filem itu juga dia langsung tidak menyentuh atau menghina agama itu atau mengubah sejarah sebenar.

Dalam pada itu, Yusry menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh individu tersebut menerusi surat terbuka di laman Facebook KRU adalah tidak wajar dilakukan.

"Tiada siapa dapat mengesahkan siapa lelaki itu dan adakah benar dia seorang pakar mitos dan apa tujuannya membangkitkan isu berkenaan. Kami di pihak KRU Studios tidak akan melayan karenahnya," ujar Yusry.

Sementara itu, Yusry berkata, dia melihat kontroversi yang dicetuskan itu dapat memberikan kebaikan kepada filem tersebut yang bakal ditayangkan di 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat bermula 4 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain, pihak KRU Studios gembira dengan penerimaan penonton tempatan terhadap filem berkenaan yang mula ditayangkan di negara ini sejak 12 September lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana