Wakil rakyat PR tolak pindaan akta cegah jenayah..Inilah Pembangkang Di Malaysia

SHAH ALAM: Tiada keperluan untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) kerana ia dikhuatiri disalahguna pasukan keselamatan kelak, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya polis hanya perlu memperkasakan kecekapan polis dalam memerangi kegiatan jenayah di negara ini.

"Apabila diberikan kuasa untuk menahan tanpa bicara maka ini merupakan satu kuasa yang begitu kuat yang sukar untuk dikawal dan oleh kerana itulah sebab penyalahgunaan kuasa akan berlaku.

"Bagi pihak Pakatan Rakyat kita sentiasa menyatakan bahawa apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pihak polis bukan memberikan pihak polis kuasa menahan sesiapa tanpa bukti dan alasan yang kukuh," jelas beliau.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Adullah Sani Abd Hamid pula berkata akta baru menggantikan EO tidak akan berkesan jika pasukan keselamatan tidak mempraktikkan aspek pencegahan secara efektif untuk mengurangkan jenayah.

"Kita ada undang-undang dan penguatkuasaan, undang-undang yang sedia ada pun kalau digunakan secara betul dan penguatkuasaannya tersusun, tidak timbul Akta Darurat itu nak dikembalikan atau sebagainya.
"Kalau tidak ada penguatkuasaan dan pencegahan secara total, buat apa pun tidak guna," katanya.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli pula mendakwa polis ketagih EO.

"Mereka ketagih sebab itu ada pihak kata polis ketagih dengan EO. Mereka seronok dengan EO sebab boleh buat apa mereka nak walaupun orang kata ia melanggar hak asasi manusia. Ia juga disebut oleh Peguam Negara menyebabkan polis ketagih," katanya.

Seorang lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat, Tan Kok Wai berpandangan PCA tidak wajar dipinda memandangkan kerajaan baru sahaja memansuhkan EO.

"Kalau EO dimansuhkan atas prinsip itu, dan mengapa muncul satu undang-undang baru yang serupa dengan EO? Ini tiada maknalah. Jadi sukar untuk kita katakan sokong atau tidak tanpa ada sebarang butiran lanjut. Jika pindaan itu merupakan serupa dengan EO, jadi saya takkan sokong," katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan kementeriannya akan mengusulkan pindaan PCA di Parlimen September ini.

PCA mempunyai fungsi sama dengan Akta Darurat (EO) yang sudah dimansuhkan.

Berikutan peningkatan kadar jenayah secara drastik akhir-akhir ini, kerajaan persekutuan dilihat terpaksa mengambil inisiatif tersebut agar keselamatan dan keharmonian negara terus terpelihara.

PCA terbahagi kepada lima kategori sedia ada, siasatan perlu dilakukan bertujuan menentukan sama ada seseorang yang ditahan itu jatuh di bawah salah satu kategori yang tersenarai iaitu ahli kumpulan haram atau kongsi gelap, seseorang menyertai kumpulan terbabit dalam aktiviti jenayah, penyeludupan dadah, penyeludupan manusia dan perjudian atau mesin judi haram yang menyalahi undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana