Wajah ala bidadari, badan berotot

RUSIA sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai ramai jelitawan berwajah bagaikan anak patung seperti Valeria Lukyanova, Anastasia Shpagina and Anzhelika Kenova yang digelar 'Barbie' hidup.

Namun, tidak seorangpun yang setanding dengan Julia Vins dari Engels.

Paras rupa gadis berusia 17 tahun itu bagaikan patung porselin. Peliknya, si cantik itu mempunyai tangan dan kaki berotot yang mampu membuat lelaki termalu sendiri.

Julia ialah atlet muda bina badan dan baru-baru ini gambar-gambarnya tersebar di Internet membuatkan ramai yang tergamam lalu mengubah persepsi tentang wanita yang suka dengan sukan bina badan.

Menurut Julia, dia bersenam membina badan pada mulanya kerana mahu menjadi lebih kuat dan lebih berkeyakinan dengan diri sendiri.

Pada mulanya, dia tidak berniat untuk menjadi atlet angkat berat profesional.

Tahun pertama menceburkan diri, dia membina otot tanpa mengikuti program senaman yang betul dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mendapat tunjuk ajar daripada profesional.Dalam tempoh setahun mendapat tunjuk ajar jurulatih di gim sekolahnya, perkembangannya amat menakjubkan.

Kini dia bersiap-sedia menyertai pertandingan mengangkat berat pertama.

Walaupun ramai yang kagum dengan kesungguhan si cantik ini, cerita Julia, ada juga yang mengkritik pilihannya itu dan mengatakan dia membinasakan badannya sendiri.

Namun, dia tidak mempedulikan cercaan mereka kerana Julia percaya tiada siapa ada hak menghancurkan impiannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana