Umno Gua Musang mahu Ku Li kekal

GUA MUSANG - Umno Bahagian Gua Musang akan tetap berdiri teguh dan mahu mengekalkan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua tanpa ada yang mencabarnya dalam pemilihan parti Oktober ini.
 
Setiausaha Umno bahagian itu, Ab Aziz Yusof berkata, keputusan itu pernah dibuat dalam beberapa siri mesyuarat bulanan Umno bahagian itu sebelum ini untuk menghormati Tengku Razaleigh sebagai pemimpin paling lama berkhidmat kepada rakyat di Gua Musang.
 
"Oleh itu, tidak ada sebab bagi sesiapa sahaja untuk menentang Tengku Razaleigh dalam pemilihan Umno Okt depan kerana dia (Tengku Razaleigh) masih mampu menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin di bahagian itu.
 
"Kami terkilan apabila ada pemimpin yang tidak pernah mengenang budi menyuarakan hasrat untuk mencabar Tengku Razaleigh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri bersama bekas anggota Senoi Praaq Orang Asli di Lojing di sini, hari ini.
 
Ab Aziz tidak pula menyebut siapa yang akan mencabar bagi jawatan tersebut.
 
Program anjuran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Aziz Hasan dan anggota polis Balai Polis Lojing. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana