TIDAK LAYAK DIIKTIRAF - MUFTI KELANTAN....

Desakan pihak tertentu agar kerajaan membenarkan abu mayat bekas pemimpin pengganas komunis, Chin Peng dibawa pulang ke negara ini disifatkan sebagai tindakan tidak wajar.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tidak ada sebab untuk pihak tertentu membawa pulang abu Chin Peng memandangkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu merupakan pengkhianat negara sekali gus tidak layak diberi penghormatan.

"Semasa dia hidup lagi kita tidak pernah membelanya, apatah lagi untuk menghargainya. Jadi, kita perlu teruskan apa yang kita perjuangkan walaupun selepas kematiannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas cubaan pihak tertentu menyeludup masuk abu jasad Ching Peng untuk disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

Mohamad Shukri berkata, tindakan tersebut perlu dihalang bagi mengelak fahaman komunis di negara ini berkembang apatah lagi fahaman itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan bertegas dan tidak berkompromi dalam perkara tersebut bagi menjaga perasaan pihak yang pernah menjadi mangsa keganasan komunis suatu ketika dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana