Tiada keperluan Selangor adakan mesyuarat exco di Bangkok - Pensyarah

KUALA LUMPUR:  Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Azizah Hamzah mempersoalkan keperluan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengadakan mesyuarat Exco negeri di Bangkok, Thailand minggu lalu.

Malah, katanya agak sukar untuk mencari kewajaran bagi tujuan mahupun agenda tersirat menteri besar itu.

Bagaimanapun beliau berkata, adalah tidak mustahil jika pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) itu cuba meninjau peluang-peluang pelaburan disana, namun beliau sendiri tidak dapat memastikannya.

“Pada saya Kuala Lumpur adalah sebuah city one of the most lovely city di dunia. So, apa keperluan untuk adakan mesyuarat di Bangkok? Sebab pada saya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam merupakan tempat-tempat yang cukup istimewa  dan saya  rasa kalau mencari kewajarannya agak sukar di carilah kewajarannya...

"Apa mungkin mereka membuat satu tinjauan untuk peluang-peluang pelaburan saya tidak pasti,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.

Mengulas lanjut, Azizah berkata sekiranya perbincangan yang diadakan di Bangkok itu bertujuan sambil melancong, Kuala Lumpur sudah cukup istimewa untuk dikunjungi dan tidak perlu membazirkan wang semata-mata untuk mengadakan mesyuarat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilapor telah mengadakan mesyuarat exco dan permukiman di Bangkok, Thailand bermula kelmarin.

Sumber di pejabat menteri besar juga memberitahu permukiman itu telah diatur lebih dua minggu lalu.

Bagaimanapun, sumber itu menafikan permukiman itu ada kaitan dengan kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

"Ia sudah dirancang pejabat Dewan Undangan Negeri. Selain menteri besar dan exco, setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, Penasihat Undang-undang Negeri Datin Paduka Zauyah T Loth Khan, dan Pegawai Kewangan Datuk Noordin Sulaiman turut menyertai program itu di sana.

"Mesyuarat MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) serta mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) juga diadakan di sana hari ini (semalam) dan esok (hari ini). Abdul Khalid dijangka pulang ke tanah air esok," kata sumber dalam laporan itu.

Bagi Admin Apa motifnya Meeting Di Bangkok?Kalau lah UMNO dikatakan Habis duit cukai Rakyat...Inilah cara pembangkang bila kena tang ker dia pandai pulak berdolak dalik. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana