The Star tonjolkan Tanda Putera tidak dapat sambutan

Apakah tujuan akhbar The Star menonjolkan berita tayangan filem sejarah Tanda Putera tidak mendapat sambutan di beberapa buah panggung wayang terutamanya di Pulau Pinang.

Adalah perkara biasa filem yang serius berasaskan fakta sejarah yang sebenar, tidak bersifat fantasi, sukar untuk mendapat sambutan. Ini sama sahaja dengan apa yang berlaku kepada majlis-majlis ilmu, kecuali yang bersadurkan hiburan dengan peranan utama dimainkan oleh artis-artis popular.

Bagaimanapun harus diingatkan bahawa mereka yang menonton filem ini adalah orang-orang terpileh dalam masyarakat, penonton yang berkualiti sekalipun kecil, orang-orang yang mengambil berat untuk memahami dan menilai sejarah negara. Diantara mereka inilah yang akan muncul sebagai pemimpin-pemimpin kecil dan besar di masa depan.

Maka itu kita tidak harus risau dengan kos besar bagi penerbitannya dan menjadikannya sebagai suatu isu besar. Nilai Tanda Putera untuk pembenihan fahaman sebenarnya tentang sejarah negara, tentang pengkianatan dan pembangunan bangsa dan juga untuk penyuburan patriotisme adalah lebih besar dari nilai wang.

Fahaman metrialisme The Star dalam hal ini tidak seharusnya dijadikan ukuran dengan matlamat Tanda Putera. The Star tidak akan membuat cerita tentang kurang sambutan terhadap filem ini atau cuba memperkecilkan filem ini jika ia tidak menjiwai semangat dan fahaman DAP.

Munkin The Star mahu merendahkan filem ini untuk membuktikan bahawa pengharaman yang dianjurkan oleh Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Guan Eng terhadap Tanda Putera telah berjaya.

Masyarakat Malaysia juga harus membuka mata ketika akhbar-akhbar media perdana lainnya membesarkan Patriotimse sambutan merdeka di Dataran Merdeka tahun ini di muka depan mereka keluaran 1 September2013, The Star membesarkan cerita lain, umpamanya bagi edisi Pulau Pinang ialah penerusan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Bagaimanapun saya berharap masyarakat umum tidak seharusnya mengambil berat terhadap usaha-usaha pihak tertentu untuk mengasingkan diri mereka dari aliran perdana negara terutama di bidang pelajaran.

Biarlah orang-orang Cina terus berjuang menerusi media dan sebagainya untuk Self Isolation. Biarkanlah mereka dengan identiti sendiri tetapi yang penting ialah bagi kerajaan memperkuakan aliran perdana negara terutama dalam memberikan kualiti yang tinggi di bidang pelajaran.

Biarlah adanya monkey, kera, monyet atau beruk yang suka merosakan bunga-bunga yang berkembang, biarlah makhluk perosak senang dikenali oleh masyarakat yang cintakan kedamaian dan keindahan, biarlah mereka menjadi seperti kera kena belacan supaya kita mudah menanganinya bila mereka melakukan kerosakan, tetapi pastikan berjuta bunga berkembang gagah indah dan megah di persada tanah air dengan warna-warna berani.

Nyanyikanlah terus dengan suara kuat dan penuh semangat : INILAH NEGARA KU! TANAH TUMPAH DARAHKU. Nyanyikanlah lagu ini hingga ke akhir hayat nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana