TH Prihatin Kebajikan Waris Jemaah Haji: Abdul Azeez...Alhamdulilah Inilah Pemimpinan Kita MAhukan

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini turun padang menziarahi keluarga peneroka Felda Bukit Easter, Allahyarham Daud Kamsani yang meninggal ketika berada di Tanah Suci, baru-baru ini.

Ketibaan Abdul Azeez bersama rombongan TH pada jam 10.30 pagi disambut balu Allahyarham, Saniah Sanusi, 56, dan anak-anaknya dengan penuh rasa terharu.

Dalam ucapan ringkasnya selepas majlis bacaan tahlil, beliau yang juga Ahli Parlimen Baling menzahirkan ucapan takziah bagi pihak TH di atas pemergian Allahyarham Daud dan berharap keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan tersebut.

Beliau turut mengumumkan pihak LTH akan melaksanakan ibadah haji badal untuk pihak Allahyarham tanpa sebarang bayaran.

Pada majlis sama, beliau menyampaikan bantuan khairat kematian berjumlah RM1,500 kepada Saniah.

Allahyarham Daud Kamsani, 64 yang berasal dari Felda Bukit Easter, dekat Kota Tinggi disahkan meninggal akibat masalah jantung pada 15 September lalu, jam 9 pagi waktu Madinah.

Allahyarham merupakan jemaah haji di bawah tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Azeez juga mengumumkan khabar baik buat keluarga tersebut apabila pihak TH meluluskan kouta khas untuk balu Allahyarham dan anak lelakinya menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan.

Sementara itu, Saniah memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih di atas kunjungan Abdul Azeez dan rombongan TH ke rumahnya di Felda Bukit Easter.

Anak lelaki tunggal Allahyarham, Mohamad Hanafe, 30, pula berkata:

“Saya sekeluarga terharu di atas kunjungan rombongan TH ini dan sangat bersyukur kerana diberi peluang menunaikan ibadah haji tahun hadapan,”.

Lawatan turun padang itu merupakan pendekatan kebajikan terbaru yang diperkenalkan pengurusan TH untuk menyampaikan sumbangan kepada setiap waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci.

Sehingga hari ini, dua jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci dan Abdul Azeez dijangka menziarahi keluarga jemaah kedua yang berasal dari Ipoh, esok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana