Teroris bernama Chin Peng Baca dan Sebarkan

Apabila Allahyarham Usamah Bin Ladin dibunuh pada 02 Mei 2011, jenazah Allahyarham terus dibawa pergi dan dibuang ke laut. Allahyarham yang tidak bersenjata ditembak tepat dikepala dihadapan anak isterinya.

Jenazah Allahyarham langsung tidak dibenarkan dilihat oleh ahli keluarga. Malah gambar-gambar serta rekod pembunuhan Allahyarham dihalang daripada disiarkan kepada awam oleh Mahkamah Agong Amerika Syarikat (sila baca naratif dibawah mengenai peristiwa pembunuhan Allahyarham Usamah Bin Ladin dan pembuangan jenazah Allahyarham di laut yang dirahsiakan lokasinya).

Apa tujuan saya menulis mukaddimah ini sebelum mengupas mengenai kematian Chin Peng?

Kerana ada suara-suara sumbang yang kononnya pejuang hak asasi kemanusiaan dan demokrasi ala-barat yang mengutuk Malaysia kerana enggan membenarkan mayat Chin Peng, kepala teroris dan pengganas komunis yang mati di Bangkok semalam. Beliau mati bukan ditembak, bukan kerana berperang, tetapi kerana penyakit diwaktu berumur 90 tahun.

Kata Perdana Menteri Dato' Sri Najib, Malaysia tidak akan membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik dan dikebumikan di Malaysia. Malah abunya juga dilarang!

Saya ucapkan tahniah atas ketegasan Perdana Menteri! Malah saya ingin menambah, bukan sahaja mayat atau abu, sehelai bulu roma Chin Peng pun jangan dibenarkan dibawa balik dan ditanam di mana-mana bahagian di bumi Malaysia.

Jangan biarkan bumi negara ini dicemar dengan mayat atau mana-mana bahagian mayat Chin Peng ditanam didalamnya!

Chin Peng, atau nama betulnya Ong Boon Hua adalah seorang cauvinis anasir subversif komunis bersifat teroris. Nama Chin Peng sinonim dengan anasir subversif bersenjata komunis di Tanah Melayu untuk menumbangkan Kerajaan yang sah pilihan rakyat dan digantikan dengan kerajaan komunis.

Ringkasnya, tangan Chin Peng penuh berlumuran dengan darah rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum. Melayu, Cina, India dan ramai lagi menjadi mangsa kekejaman gerombolan anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng.

Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara dibunuh kejam pada 07 Jun 1974 dengan tembakan bertalu-talu disimpang Jalan Tun Perak (dahulu Jalan Mountbatten) berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur.

Datuk Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak dibunuh kejam pada 03 Jun 1976 juga dengan tembakan bertalu semasa berada dalam kenderaan rasmi polis di persimpangan lampu isyarat Anderson School Ipoh, Jalan Ashby berdekatan Fairpark. Kebetulan pada masa itu saya bersekolah di Anderson School.

Ribuan anggota keselamatan polis dan tentera yang cedera atau terkorban angkara gerombolan komunis pimpinan Chin Peng.

Pada masa komunis bermaharajalela mengangkat senjata membunuh rakyat dan anggota keselamatan sekitar tahuan 1970an saya tinggal di berek Pengkalan FRU 5, Sg. Senam, Ipoh, Perak.

Saya melihat sendiri kekejaman komunis ini bilamana beberapa anggota FRU 5 turut menjadi mangsa dalam satu serangan hendap di Simpang Pulai.

Saban hari saya akan melihat helikopter Nuri mendarat di kem tentera bersebelahan pengkalan FRU 5 membawa pulang anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera setelah bertempur di perbatasan menentang komunis bersenjata ini.

Kematian Chin Peng walaupun menutup episod kekejaman beliau, namun lukanya tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Rakyat Malaysia tidak boleh memaafkan kekejaman beliau.

Walaupun pepatah ada menyebut "masa adalah pengubat duka", namun kekejaman gerombolan subversif komunis pimpinan Chin Peng ini adalah diluar batas kemanusiaan.

Sepanjang pengetahuan saya, Chin Peng tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mangsa kekejaman dan kezaliman beliau dan anasir subversif komunis pimpinan beliau.

Malah beliau siap menulis buku lagi konon mengkisahkan perjuangan beliau konon untuk memerdekakan negara ini.

Kita jangan terpedaya dengan mainan politik segelintir mereka yang kini mendakwa konon Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan. Persoalannya mudah, mengapa beliau masih mengetuai gerombolan subversif komunis mengangkat senjata menentang negara walaupun setelah Malaysia merdeka?

Mengapa beliau masih enggan meletakkan senjata dan berdamai walaupun peluang terbuka setelah Rundingan Damai Baling 28-29 Disember 1955 di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling?

Mengapa beliau tidak memilih untuk berdamai dan hidup di Malaysia setelah Perjanjian Damai Haadyai diantara Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 02 Dis 1989; bilamana semua anasir subversif komunis Tanah Melayu diberi peluang untuk balik hidup di Malaysia dengan aman damai sekiranya mereka berbuat sedemikian sebelum 02 Dis 1990. Chin Peng tidak mengambil peluang itu!

Malah, langsung tidak pernah ada gambaran kekesalan atau kesedihan atas kekejaman dan kezaliman yang beliau mahupun anasir subversif komunis pimpinan beliau lakukan selama ini kepada rakyat dan negara bertuah ini!

Sebab itu jangan kata mayat, sehelai bulu daripada tubuh Chin Peng pun tidak layak duduk mendiami bumi Malaysia ini!

Membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik, ataupun abu nya sekalipun, adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha mayat mendiang bersemadi dibumi bertuah ini!

Lagipun, tiada rekod menunjukkan Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia.

Dan kalau pun benar beliau kelahiran Tanah Melayu, sikap dan tindakan beliau yang bukan sahaja mengetuai gerombolan anasir subversif komunis bersenjata cuba menghancurkan negara, malah melarikan diri ke negara China dan kemudiannya Thailand membuktikan beliau tidak layak ditanam di Malaysia!

Kepada Kerajaan Malaysia, kami rakyat Malaysia yang cintakan negara menuntut supaya Kerajaan jangan tunduk kepada tekanan dan lalakan kaum cauvinis, ekstremis dan pelampau demokrasi yang mahukan mayat Chin Peng ditanam di Malaysia, ataupun abunya dibawa balik ke Malaysia!.

Kami rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha bumi bertuah Malaysia ini dicemari dengan mayat atau abu atau sehelai bulu pun daripada pengganas subversif dan teroris komunis bernama Chin Peng ini.

Ringkasnya, mayat Chin Peng tidak wajar sama sekali dibawa balik untuk ditanam di bumi Malaysia ini samada dalam bentuk jasad, abu mahupun sehelai bulu sekalipun kerana:

1. tangannya penuh dengan darah anggota keselamatan dan rakyat Malaysia  yang dibunuh kejam oleh gerombolan subversif pimpinan Chin Peng;

2. ramai isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim piatu dan ibubapa kehilangan anak akibat pembunuhan oleh anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng;

3. Chin Peng bukan warganegara Malaysia walaupun konon cerita beliau lahir di Sitiawan, Perak;

4. Chin Peng tidak menghormati kemerdekaan negara malah terus mengangkat senjata menentang negara ini dengan tujuan menggantikan pemerintahan yang sah pilihan rakyat dengan kerajaan komunis;

5. Chin Peng tidak mengambil peluang Perjanjian Damai Haadyai 02 Dis 1989 untuk balik hidup di Malaysia walaupun berpeluang berbuat sedemikian;

6. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kekejaman anasir subversif komunis pimpinan beliau, malah tidak pernah menunjukkan kekesalan atas perbuatan itu;

7. Sebahagian besar hidup Chin Peng dihabiskan di negara China dan kemudiannya di Thailand.  Malaysia bukan, dan tidak pernah menjadi tempat bermastautin Chin Peng ini;

8.  Sedangkan jenazah Allahyarham Usamah Bin Ladin pun tidak dibenarkan dibawa balik ke negeri asalnya, sebaliknya dicampak ke laut yang dirahsiakan lokasinya sehingga kini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana