Terlalu awal hendak kritik pentadbiran baru MB Kelantan - Ku Li

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan masih terlalu awal untuk menghakimi pentadbiran baru Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menggantikan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tengku Razaleigh atau lebih mesra dipanggil sebagai Ku Li berkata biarpun sudah hampir 120 hari pentadbiran Kelantan diganti dengan muka baru, mana-mana parti politik dan individu perlu memberikan masa kepada menteri besar itu untuk merangka masa depan Kelantan.

Malah, katanya adalah tidak adil untuk terus menghakimi sesebuah pentadbiran apatah lagi ia digantikan dengan muka baru.

"Saya rasa baru sangat dia jadi menteri besar, baru 3-4 bulan dia ambil alih, Tok Guru Nik Aziz sudah menjadi timbalan menteri besar sudah lama dan sudah tentu dia dapat ikuti apa yang dialami oleh Tok Guru Nik Aziz," katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Justeru katanya sebarang kritikan terhadap pentadbiran Ahmad perlu diimbangi dengan perjuangan parti yang akhirnya akan menjadi sandaran PAS untuk berkiblatkan perjuangan mereka selama ini.

"Dia tentu ada cara yang baru, walau apa pun pertimbangan saya rasa tidak perlu lari daripada satu kelompok mahupun satu parti dan dia mesti bersandarkan apa yang diperjuangkan oleh partinya," katanya.

Terdahulu selepas 100 hari pentadbiran Kelantan diambil alih oleh menteri besarnya yang baru, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) banyak membangkitkan isu negeri itu yang tidak pernah selesai.
Rentetan daripada pertikaian bersabit isu itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah mempelawa pengkaji politik ini untuk datang sendiri ke negeri 'Cik Siti Wan Kembang' itu bagi melihat sendiri sosio politiknya.

Nik Amar berkata, dengan kehadiran Agus ke negeri itu dapat menghuraikan segala kekeliruannya mengenai kerajaan negeri itu.

Tawaran itu dibuat Nik Amar ekoran rasa kecewanya dengan tindakan orang ramai dan Agus yang terus menerus mempertikaikan kerajaan negeri termasuk mengapa Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Razaleigh berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempertimbangkan cadangan mengadakan dialog terbuka di antara kerajaan dan pembangkang bagi menyelesaikan masalah negara.

"Saya tidak berada di dalam pentadbiran kerajaan sekarang ini, jadi saya bukanlah orang yang sesuai untuk mengulas mengenai perkara itu.

"Saya rasa bergantung kepada apa yang dikehendaki kerajaan, tapi pada saya secara amnya apa-apa saja dialog adalah baik. Jangan fikir siapa yang akan menang mahupun siapa yang akan untung dan rugi kesan daripada dialog itu nanti," katanya kepada pemberita tadi.

Beliau bagaimanapun menegaskan sebarang dialog yang memberikan manfaat untuk rakyat dialu-alukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana