Tengku Maimun diganti dengar kes liwat

Putrajaya: Mahkamah Rayuan semalam membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya seorang daripada tiga hakim bersidang menarik diri daripada mendengar rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel tiga hakim, Hakim Datuk Ramly Ali, Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujah peguam Anwar, Karpal Singh supaya Tengku Maimun tidak mendengar rayuan kes liwat membabitkan anak guamnya.
Kes saman fitnah

Dalam hujahnya, Karpal berkata, Tengku Maimun pernah mendengar kes saman fitnah oleh Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2007.

Karpal membuat permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri atas dasar akan wujud persepsi bahawa mungkin berlaku berat sebelah dalam penghakimannya.

Ini kerana, katanya, Tengku Maimun dalam keputusannya menerima pakai dapatan fakta Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama di mana Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat pemandu keluarganya (Anwar) Azizan Abu Bakar.

Ramly, yang mengetuai panel itu berkata, seorang hakim lain akan menggantikan Tengku Maimun bagi mendengar rayuan Anwar, hari ini.
Sementara itu, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan, dalam hujahnya berkata, Tengku Maimun membuat keputusan bukan berdasarkan bukti yang didengar semasa perbicaraan tetapi kerana isu penyalahgunaan proses mahkamah.

Justeru, katanya, tidak wujud sebarang unsur yang memerlukan Tengku Maimun untuk menarik diri daripada mendengar kes itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Saiful dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana