Suami baru kahwin 6 bulan sudah dicekup asmara dengan janda.

Melaka: Bimbang rahsia bersama kekasih gelapnya terbongkar, seorang lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet dan melarikan diri dalam keadaan separuh bogel bagi mengelak dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Ujong Pasir di sini, awal pagi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, lelaki berusia 33 tahun yang baru melangsungkan perkahwinan dan masih mempunyai inai di jari itu, lari meninggalkan kekasih gelapnya, seorang janda berusia 34 tahun dalam bilik hotel disewa mereka.

Lelaki itu bagaimanapun menyerah diri di pejabat penguat kuasa JAIM tidak lama selepas kejadian.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, sepasukan penguat kuasa JAIM terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum pintu hotel dihuni pasangan itu dibuka, tetapi mereka dikejutkan dengan bunyi benda jatuh.

“Pegawai dan anggota JAIM terus masuk untuk memeriksa dan mendapati ada seorang wanita ketika itu menutup badannya dengan selimut.

“Pemeriksaan mendapati tingkap terbuka dan lelaki yang bersama wanita terbabit terjun melarikan diri dengan hanya memakai seluar pendek labuh,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, wanita itu mengakui lelaki terbabit bersamanya beberapa jam sebelum bilik diperiksa dan turut ditemui dalam bilik itu pakaian serta dompet lelaki terbabit.

Katanya, wanita itu yang berstatus ibu tunggal ditahan untuk siasatan selepas mendapati dia berkurung bersama lelaki bukan mahram.

“Soal siasat dilakukan mendapati lelaki terbabit melarikan diri bimbang diketahui isterinya jika ditangkap bersama wanita berkenaan yang sudah lama dikenalinya.

“Dia baru berkahwin enam bulan lalu dan inai di jari masih ada,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana