Skim Pinjaman TEKS1M - BSN hanya luluskan 85 permohonan!

Daripada 1,000 pemandu teksi yang telah mendapat lesen teksi individu, hanya 85 sahaja yang pinjamannya diluluskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) setakat ini dan hal ini membimbangkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sehubungan itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar memohon agar BSN menyegerakan proses kelulusan pinjaman kepada pemandu teksi yang sudah mendapat lesen individu untuk membeli Proton Exora sebagai TEKS1M.

"Kami mensasarkan 200 kenderaan TEKS1M dapat berada di atas jalan sebelum akhir September dan selebihnya menjelang akhir tahun. Tetapi berdasarkan maklumat yang kami dapat, setakat hari ini BSN cuma meluluskan 85 permohonan sahaja.

"Saya faham bank amat berhati-hati dalam meluluskan pinjaman. Tetapi saya berharap semua permohonan pinjaman TEKS1M dapat disegerakan prosesnya. Kami akan memantau BSN untuk melihat apakah masalah yang menjadi punca kelewatan kelulusan itu.
spad-teksi1m12www
"Kita harap kelulusan pinjaman ini tidak ditangguhkan lagi supaya menjelang akhir tahun kita sudah dapat melihat 1,000 TEKS1M berada di atas jalan. Kita juga berharap teksi bajet yang sudah sampai jangka hayat dapat tukar kepada TEKS1M," katanya.

Syed Hamid berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemeriksaan Puspakom Shah Alam dan menyaksikan operasi pemeriksaan TEKS1M peringkat pertama, pada Rabu.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Dato' Paduka Che Hasni Che Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail.
spad-teksi1m3xwww

Menurut Syed Hamid pemeriksaan di Puspakom itu dilakukan sebelum TEKS1M diserahkan kepada pemandu-pemandu teksi yang sudah mendapat permit teksi individu dan kelulusan pinjaman bank.

"Kami tak ada masalah di pihak pengeluar. Puspakom pula sudah buat pemeriksaan. Sekarang bergantung kepada pihak bank untuk memproses pinjaman. Bank ini ada kriteria sendiri dan ada peraturan apabila mahu meluluskan pinjaman. Saya diberitahu ada juga permohonan pemandu teksi yang ditolak," katanya.

Menurut Syed Hamid, kebiasaannya, Puspakom mengenakan bayaran RM70 untuk pemeriksaan awalan. Tetapi untuk skim TEKS1M, perkhidmatan itu diberikan percuma kepada 1,000 penerima lesen individu pertama.

Pada April lalu, kerajaan menerusi Yayasan Rakyat 1Malaysia sudah meluluskan pemberian geran RM5,000 kepada 1,000 pemandu teksi yang telah menerima lesen individu untuk dijadikan sebagai wang pendahuluan kepada mereka TEKS1M Proton Exora.

Kerajaan juga sudah meluluskan subsidi ke atas faedah dua peratus ke atas pinjaman selama tujuh tahun yang dikenakan oleh bank. Pada ketika ini BSN adalah satu-satunya bank yang diberi mandat untuk skim ini.

Sementara itu Hisham berkata, Proton Edar telah menerima 907 tempahan di bawah skim TEKS1M, tetapi hanya boleh memproses permohonan 85 pemilik yang sudah berjaya mendapat pinjaman BSN.

"Kami sudah bersedia untuk menyediakan lebih daripada 85 unit Proton Exora. Sekarang semuanya terpulang kepada pihak bank," kata Hisham.

Menurut Hisham, Proton Edar telah menyediakan 24 pusat servis yang dikhusukan untuk TEKS1M.  Katanya kesemua pusat servis itu telah mendapat pengiktirafan daripada JPJ dan dikendalikan oleh juruteknik NGV yang bertauliah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana