Senyap-senyap... Air Asia caj pembelian tiket online

Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia mengenakan caj pemprosesan terhadap pembelian tiket online melalui kad debit dan kredit dedah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dalam sidang media di Kuala Lumpur pada Selasa Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nazim Johan memberitahu pihaknya menerima lebih 60 aduan berkaitan perkara tersebut sejak dua minggu lalu.

"Pengguna mengadu bahawa apabila mereka membeli tiket atas talian menggunakan kad debit mereka dikenakan caj sebanyak RM4 manakala bagi pembelian menggunakan kad kredit mereka dikenakan caj sebanyak RM8.

"Caj ini dikenakan tampa sebarang pengumuman daripada syarikat tersebut. Apabila pihak PPIM menelefon Air Asia, wakil mereka memberitahu bahawa caj berkenaan dikenakan kerana kenaikan harga bahan api yang diumumkan semalam sedangkan caj ini telah dikenakan sejak dua minggu lalu," kata Nazim.

Sehubungan itu PPIM mahu kerajaan mewujudkan mekanisma untuk memantau syarikat penerbangan daripada mengenakan caj yang tidak sepatutnya kepada pengguna.

Menurut Nazim, mekanisme pemantauan itu perlu agar syarikat penerbangan tidak mengenakan caj sewenang-wenangnya dan jika tiada tindakan diambil tidak mustahil syarikat penerbangan lain akan menggunakan alasan yang sama untuk mengenakan caj kepada pengguna.

"Pemantauan boleh dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)" ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana