Senator Ezam M. Nor Kini Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja...Syabas Ezam

KUALA LUMPUR: Senator Ezam Mohd Nor menang tanpa bertanding jawatan timbalan ketua Umno Bahagian Kota Raja, Selangor pada Sabtu.

Beliau memenangi jawatan tersebut tanpa dicabar selepas tiada calon lain mendaftarkan diri sehingga tempoh pendaftaran dibuka sehingga jam 5 petang, Sabtu.

Ezam, 46, yang dilahirkan di Klang, adalah bekas setiausaha politik menteri kewangan sebelum beliau keluar dari Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 1998.

Bagaimanapun pada 28 Mei 2008 beliau kembali ke pangkuan Umno.

Ini adalah kali kedua beliau menyandang jawatan timbalan ketua Umno bahagian.

Ezam pernah mencatat sejarah sebagai timbalan ketua bahagian yang termuda dalam sejarah parti itu, pada usia 28 tahun di bahagian Petaling Jaya Selatan.

Menerima pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur, beliau kemudian menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan ekonomi dari tahun 1987 hingga 1991.

Beliau pernah menjawat jawatan ketua pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan pada 1993 sehingga 1996 kemudian menjadi timbalan ketua bahagian dan setiausaha Umno Negeri Selangor dari 1996 sehingga 1998.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana