Saya bukan rasis, kata guru besar

SUNGAI BULOH: Guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana Mohamad Nasir Mohd Nor menafikan beliau bersikap rasis, sebaliknya beliau banyak bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk NGO yang dianggotai kaum Cina dan India sebelum ini.

"Saya bukan rasis. Sebelum ini saya banyak bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk orang bukan Melayu. Saya pernah berkhidmat di sebuah sekolah mubaligh yang dikelola orang bukan Melayu.

"Ketika itu, kami sering mengadakan program bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang dianggotai orang Cina dan India.

"Pada masa yang sama, saya turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah persatuan tuisyen elit kaum India dengan memberi ruang mereka menggunakan bangunan sekolah pada setiap hari Ahad," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Sehubungan itu, dalam temubual eksklusifnya dengan akhbar itu, Mohamad Nasir berkata "tidak pernah timbul isu rasis dalam diri saya" dan sebagai pengajar, apa yang penting adalah menjaga keperluan murid.

Beliau menjawab soalan berhubung perasaannya apabila dikatakan rasis sedangkan beliau begitu akrab dengan masyarakat pelbagai kaum.

Sekolah yang terletak berdekatan Sungai Buloh itu menjadi tumpuan pelbagai pihak susulan kontroversi apabila bilik persalinan dijadikan sebagai kantin sementara.

Dalam temubual itu juga, Mohamad Nasir menafikan dakwaan ramai pelajar bukan Melayu berhenti dari sekolah ekoran insiden itu berlaku, sebaliknya beliau menegaskan hanya seorang murid sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak benar. Hanya seorang murid sahaja berhenti kerana tidak berpuas hati mengenai isu ini. Hanya dua murid Melayu yang berhenti adalah kerana berpindah ke Pahang. Tidak ada isu yang harus ditimbulkan mengenainya," katanya.

Dalam temubual itu juga, Mohamad Nasir berharap isu tersebut berakhir selepas kehadiran Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin dan bersyukur pihak sekolah akan menerima peruntukan RM45,000 susulan kejadian itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana