SATU LAGI RAKAMAN AKSI PEMIMPIN PEMBANGKANG JADI BUKTI?

Sekarang, wujud pula dakwaan bukti rakaman suara yang bakal memalukan kepimpinan DAP Pusat! ..Sebelum ini kita dikejutkan dengan 2 aksi tentang Lim Guan Eng yang juga dirakam iaitu kenyataan beliau tentang negeri Johor dan kenyataan Mansor Othman tentang perangai Setiausaha Agung DAP itu.

DAP pusat memang mempunyai perancangan menjatuhkan bekas kepimpinan parti itu di Kedah.

Bekas pengerusinya, Lee Guan Aik mendakwa mengetahui perkara itu dalam perjumpaan dengan Thomas Su, yang dilantik penasihat dari Pusat bagi DAP Kedah.

"Dalam perjumpaan itu, beliau secara terang mengakui mahu mengambil alih jawatankuasa negeri ini sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangsung.

“Dia menyebut bahawa jika tidak berbuat demikian, sudah tentu kumpulan saya akan menang dalam pemilihan kelak. Saya ada semua bukti percakapannya yang dirakam semasa perjumpaan itu berlangsung,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, rakaman suara berdurasi lebih 40 minit itu akan disimpan sebagai bukti bahawa ada usaha untuk menyekat amalan demokrasi dalam DAP.

“Rakaman suara ini berbahasa Cina. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan mengenai kandungannya,” katanya.

Guan Aik berkata, ia jelas menunjukkan bahawa ada pihak cuba menyekat demokrasi dalam DAP dengan tindakan yang tidak mengikut perlembagaan parti.

Menurutnya, tindakan DAP Pusat mengambil alih pentadbiran DAP Kedah dengan melantik jawatankuasa interim pada Jun lalu adalah tidak wajar.

Katanya, jawatankuasa interim DAP Kedah yang dipengerusikan Zairil Khir Johari Abdullah melantik beberapa individu tanpa mengikut perlembagaan parti.

Pada dasarnya, mereka boleh melantik individu itu jika menjadi ahli sekurang-kurangnya dua tahun.

"Tetapi pelantikan itu tidak ikut saluran. Pada saya, DAP sekarang dicemari dengan orang yang suka meracuni antara satu sama lain

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana