Samad Said cabar kerajaan ambil tindakan...Dah Tua Tua Angkuhnya Pak Samad Ni.

SHAH ALAM: Tokoh Sastera Datuk A Samad Said mencabar pihak-pihak yang ghairah untuk melucutkan anugerah Sasterawan Negara kepada beliau untuk berbuat demikian, susulan tindakannya berhubung insiden mengibar bendera Sang Saka Malaya pada ambang hari kemerdekaan yang lalu.

"Yang ghairah ingin gugurkan gelaran saya ialah kelompok kerajaan. Jadi waraslah kerajaan sendiri yang bertindak. Saya yakin akan ramai penyokongnya," katanya dalam SMS kepada Antarapos.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek terus mengecam aktivis dan tokoh sastera itu yang ditahan seketika oleh polis untuk disoal siasat berhubung pengibaran bendera berkenaan di Kuala Lumpur minggu lalu.

Dalam kritikan terbaru, Shabery menuduh Samad sebagai kemaruk publisiti sehingga sanggup terbabit dengan kumpulan yang membelakangkan Jalur Gemilang.

Kelmarin Shabery berkata tidak menolak kemungkinan gelaran Sasterawan Negara itu boleh ditarik balik.

Shabery bagaimanapun berkata tindakan sedemikian hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.

Sehingga sekarang Samad mempertahankan pembabitannya dalam insiden itu namun enggan mengesahkan sama ada beliau turut sekali terbabit mengibarkan bendera Sang Saka.

“Setiap orang berhak bertindak mengikut pegangannya sendiri. Soal siapa benar siapa salah adalah soal yang lain,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana