RTM Sabotaj? Hasil Siasat Dalaman Ramai Cacai PR di RTM?

Lihat betul-betul logo PDRM. Tertulis Polis Raja di Malaysia. Bagaimana imej logo polis ini boleh dikeluarkan? Tentunya sudah ada tangan-tangan yang mengedit logo tersebut.

Walaupun RTM sudah memohon maaf melalui beritanya pada jam 12.00 malam, aku melihat ini merupakan sabotaj yang serius terhadap PDRM.

Umum tahu cubaan memburukkan imej PDRM telah lama dilakukan oleh pihak cacai Pakatan Ranjang. Kini dengan mempunyai kaki di RTM, maka lebih mudahlah puak cacai PR melakukan kerja mereka.

Kerajaan perlu diadakan siasatan terperinci terhadap isu ini. Jangan pandang enteng terhadap perkara yang dilihat kononnya kesilapan terlepas pandang.

Mana dia KSU TERHEBAT dan paling berkuasa di KKMM? Sudah hilangkah taring beliau? Jika berani, ambil tindakan segera! Adakah KSU ini takut diboikot RTM jika mengambil tindakan terhadap kesilapan ini?

Dengar juga desas desus rakan dari RTM yang menyatakan, dalaman RTM sendiri sudah ramai cacai PR yang semakin berani menunjukkan taring. Kerja di RTM membuatkan mereka semakin meluat dengan Kerajaan BN. Kini sokongan mereka terhadap PR sudah menebat. Kesilapan ini boleh diangkat sebagai sengaja bagi memburukkan PDRM. Apapun, KSU TERHEBAT! Jalankan tugas. Siasat!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana