ROBOH TOKONG HINDU DI JALAN P.RAMLEE, T.MOHAN TELAH MEMALUKAN AGAMA HINDU ITU SENDIRI!!!

Di Malaysia, antara perkara yang paling tidak masuk akal ialah kewujudan rumah-rumah ibadat yang asalnya hanya berada di bawah atau di perdu pokok besar, kemudian bertukar menjadi bangsal dan akhir sekali menjadi tokong besar yang kemudiannya dinyatakan sebagai telah berusia ratusan tahun. Asas pembinaan tokong tersebut kononnya sebagai tempat pemujaan dan penyembahan. Menariknya, tokong-tokong tersebut didirikan secara haram dan kemudian bersaiz besar secara mendadak selain para saminya berlagak seolah-olah tanah yang diletakkan tokong-tokong tersebut sebagai tanah pusaka tok nenek mereka.

Hanya di Malaysia, tokong-tokong berkenaan dibina dengan sebebas-bebasnya sebelum akhirnya mereka berlagak pula seperti kerajaan berhutang tanah dengan mereka!

Seperti kata blogger TAIPINGMALI, jumlah tokong Hindu mengatasi jumlah penduduk di negara. Terlalu banyak sekalipun pada masa yang sama, jumlah penganutnya merosot hari demi hari. Mungkin tidak akan menjadi kehairanan sekiranya negara ini adalah HINDU sebagai agama rasminya.

Sebaliknya, tolak ansur yang ditunjukkan oleh kerajaan, nampaknya telah dipermain-mainkan dan diambil kesempatan oleh golongan sami yang mencari untung dengan mendirikan tokong-tokong berkenaan!

Perkara ini sebenarnya sudah terlalu lama diperkatakan. Kerajaan Malaysia tidak seharusnya bersikap toleransi yang keterlaluan terutama sekali yang membabitkan tokong-tokong haram yang kemudian mendapat pembelaan daripada ahli-ahli politik lapar seperti KETUA PEMUDA MIC, T.MOHAN.

Kalau surau yang di dalamnya telah digunakan sebagai tempat menghina Islam, boleh dirobohkan, walaupun di atas tanah persendirian, walaupun masjid yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk mengadakan solat Jumaat boleh dimusnahkan, mengapa pula tokong-tokong haram yang tidak ada kepentingan suatu apa pun, dibiarkan berleluasa dan kemudian dijadikan senjata untuk mengugut dan menekan kerajaan?

Apatah lagi tokong-tokong berkenaan dibina pula di atas tanah-tanah kerajaan tanpa sebarang kelulusan dan dalam beberapa kes, dibina di atas tanah persendirian!

Kalau untuk masjid, surau dan madrasah, tidak boleh dibina sesuka hati, mengapa pula kelebihan perlu diberikan kepada tokong haram yang pada mulanya hanyalah kain kuning dibalut di perdu pokok? Takkan disebabkan pelbagai nama dewa dan dewi yang menjadi sembahan, maka wajar dibiarkan segala macam tokong tumbuh bagaikan cendawan sepertimana yang kita boleh saksikan di sepanjang jalan jikalau menggunakan jalan Kelang-Banting?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana